analytic

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

 

 

Kota Bharu, 30 Ogos 2025/06 Rabiul Awal 1447H: Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan meriah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Hj. Mohd Nassruddin Bin Hj, Daub, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir adalah YB. Timbalan Menteri Besar, YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri, YB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB. EXCO Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri serta Pegawai-pegawai kanan dari jabatan Negeri dan Persekutuan.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk perarakan daripada 68 kontinjen melibatkan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, pasukan beruniform, sekolah, institusi pengajian tinggi serta pertubuhan bukan Kerajaan/swasta. 

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, pancaragam dan pertunjukan khas yang mencerminkan semangat perpaduan serta identiti masyarakat Kelantan. Turut diadakan adalah persembahan penuh bertenaga iaitu persembahan khas akrobatik oleh team Akrobatik Army Red Worrior. Kehadiran ribuan rakyat yang membanjiri kawasan sambutan menambahkan lagi suasana meriah, dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang.

Sambutan ini bukan sahaja meraikan kemerdekaan negara, malah menjadi wadah untuk memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan rakyat Kelantan, khususnya golongan muda.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1899
Semalam2953
Minggu ini28685
Bulan ini66982
Jumlah1483443
27
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 08 September 2025, 11:30:43.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan