26 Ogos 2025 - YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Yang Setia Leftenan Kolonel Rasman bin Ramlai, Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Rejimen 506 dalam memperkasakan peranan JAKPAW serta penglibatan masyarakat dalam pasukan simpanan tentera.