analytic

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM “SATU JAM BERSAMA AL-QURAN” PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025

 

 

14 Ogos 2025 bersamaan 20 Safar 1447H, Kompleks Kota Darulnaim: Telah berlangsungnya Majlis Pelancaran “Satu Jam Bersama Al-Quran” Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Program satu jam bersama Al-Quran yang diadakan buat pertama kali tahun ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan Negeri Kelantan untuk menjadikan Al-Quran sebagai asas pembentukan sahsiah dan budaya kerja penjawat awam. Ia bukan sekadar acara simbolik, tetapi satu usaha berterusan untuk menyemai nilai integriti, amanah dan ubudiyyah dalam perkhidmatan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Hadir sama adalah YB. Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Dewan Negeri Kelantan, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, barisan YB EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli Dewan Negeri Kelantan, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Negeri dan Persekutuan.
Majlis ini juga dibuat secara hybrid iaitu secara bersemuka dan online melalui Google Meet yang melibatkan semua 74 jabatan dan agensi Negeri bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2822
Semalam3589
Minggu ini24389
Bulan ini64925
Jumlah1346332
16
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 15 August 2025, 08:30:34.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan