Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Bilangan 1 Tahun 2025/1447H dan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan ICT Negeri Bilangan 1 Tahun 2025/1447H telah diadakan pada 11 Ogos 2025 bersamaan 17 Safar 1447H (Isnin) bertempat di Bilik Gerakan Ras 1,Mabna MBI (BLOK 8), Kompleks Kota Darulnaim. YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan selaku pengerusi mesyuarat mewakilkan kepada YABrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) untuk mempengerusikan mesyuarat bagi kedua-dua mesyuarat tersebut.
Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri berperanan merancang dan menyelaras pelaksanaan program/projek-projek ICT di peringkat negeri dan jabatan/agensi. Manakala Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT) Negeri adalah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam keselamatan ICT dan berperanan sebagai penasihat dan pemangkin dalam merumuskan rancangan dan strategi keselamatan ICT Negeri.
Antara pembentangan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Bilangan 1 Tahun 2025 ialah Pembentangan Cadangan Pembangunan Baharu Sistem Pengurusan Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan versi 2.0 oleh Pejabat Pembangunan Negeri, Pembentangan Cadangan Pembangunan Aplikasi Islam Pengiraan Kitaran Haid dan Pembentangan Cadangan Penambahan Modul Kompaun Dalam Sistem e-GAT oleh Jabatan HalEhwal Agaman Islam Kelantan dan Pembentangan Cadangan Penerimagunaan Portal Digital Kelantan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.