6 Ogos 2025 - Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada Chief Development Officer TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Tuan Haji Shahrir bin Haji Abdul Latiff bersama delegasi.
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Negeri dan TNB serta membincangkan pelaksanaan dan kemajuan Projek Hidroelektrik Nenggiri dan Projek Solar Terapung Hibrid Hidro Nenggiri yang kini sedang giat dijalankan di Negeri Kelantan.
Projek-projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan mampan yang dijangka memberi pelbagai manfaat kepada rakyat dan negeri Kelantan secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen serta kerjasama berterusan TNB Genco dalam menjayakan agenda tenaga hijau dan kesejahteraan rakyat.