KOTA DARULNAIM, 03-05 Safar 1447H bersamaan 28 Julai – 30 Julai 2025 telah berlangsungnya Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 (KIK Horizon Baharu) bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program tersebut merupakan acara tahunan bagi menyokong pembudayaan inovasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu dan diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausahan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebanyak 27 jabatan / agensi telah menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2025 ini yang melibatkan sebanyak 29 projek yang dipertandingkan di majlis ini.
Pertandingan ini dinilai oleh tiga (3) orang panel iaitu YBrs. Dr. Dewi Juliana Binti Mohd Namsah, Pegawai Perubatan, Unit Kualiti Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bharu selaku ketua panel, YBrs. Ts. Mohd Hasiady Bin Yasin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Digital Negara dan YBrs. Pn Wan Suraya binti Sahabaluddin, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Majlis Bandaraya Shah Alam.