analytic

KUNJUNGAN HORMAT & PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH & PROFESSOR ADJUNG UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

24 Julai 2025 - YBM Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), bersempena penyerahan surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Professor Adjung di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK.
 
Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMK adalah bagi tempoh tiga (3) tahun, mewakili komposisi masyarakat, selaras dengan Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan.
Turut hadir dari UMK:
• Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
• En. Khairul Eruwan bin Abdul Halim, Pendaftar
• En. Mohd Adzwan bin Kamaruzaman, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat
 
YBM Tengku Kaya Perkasa menzahirkan penghargaan atas pelantikan tersebut dan komitmen untuk menyumbang secara strategik kepada pembangunan UMK, selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa.
Semoga pelantikan ini memperkukuh jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan institusi pendidikan tinggi demi masa depan negara yang lebih gemilang dan berdaya saing.
 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1961
Semalam4732
Minggu ini21469
Bulan ini1961
Jumlah1283368
19
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 28 July 2025, 08:30:34.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan