21 Julai 2025:YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Phasit Chudabuddhi, Konsul Jeneral Thailand di Kota Bharu.
Pertemuan ini telah membincangkan pelbagai aspek hubungan dua hala, termasuk kebajikan rakyat Thailand di Kelantan dan peluang kerjasama masa depan yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Sebagai teraju pentadbiran negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri memainkan peranan penting dalam menyelaras kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Kelantan dan perwakilan diplomatik negara jiran, demi kemakmuran bersama rakyat Kelantan dan komuniti serantau.
Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan hubungan diplomatik yang erat demi menjamin kesejahteraan dan kemajuan berterusan.