analytic

KUNJUNGAN HORMAT KSU MOSTI KE PEJABAT SUK KELANTAN

YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kunjungan ini turut disertakan dengan pembentangan oleh pihak MOSTI berkenaan konsep pelaksanaan Program MADANI Rakyat (PMR), sebuah inisiatif inklusif yang menyatukan pelbagai agensi kerajaan di bawah satu platform bagi menyampaikan perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

PMR berteraskan prinsip mendekatkan perkhidmatan kerajaan yang lazimnya tertumpu di peringkat kementerian dan jabatan kepada rakyat, dengan matlamat agar ia dapat dinikmati secara lebih cepat, mudah dan berkesan.

Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan PMR demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan.

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1071
Semalam4668
Minggu ini5739
Bulan ini57685
Jumlah1206188
38
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Sunday, 13 July 2025, 04:56:24.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan