08 Julai 2025:YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Kunjungan ini diadakan bersempena Mesyuarat Induk Penganjuran Sambutan HASN 2025 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Negeri Kelantan pada 23–25 Oktober 2025.
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Tuan Haji Shafe’ee Yasin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pegawai-pegawai kanan Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), NRES.
Negeri Kelantan amat berbesar hati dipilih sebagai tuan rumah sambutan HASN 2025 Peringkat Kebangsaan ini.
Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama erat pihak NRES dan JAS dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar di negeri ini.