analytic

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN TAHUN 2024

"Kompentensi Unggul, Perkhidmatan Cemerlang”

Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, 08 Julai 2025/12 Muharram 1447H – Seramai 195 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan dua (2) orang penerima Anugerah Perdana Perkhidmatan Cemerlang (APPC) bagi tahun 2024 yang melibatkan 30 Jabatan Negeri, 5 Urusetia Negeri dan 6 Badan Berkanun Negeri telah diraikan dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Negeri Kelantan Tahun 2024.

Mengetuai 195 orang penerima APC adalah YB. Dato’ Hj. Nik Abdul Kadir Bin. Hj. Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan, manakala penerima APPC adalah YBhg. Dato’ Hj. Abd. Pattah Bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan YABrs. Dr. Hasnan Bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agam Islam Negeri Kelantan.

Anugerah telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, YBM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), dan Menteri Besar Kelantan, YAB. Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud.

Semasa penyampaian ucapan aluan, YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan mengingatkan kepada semua penjawat awam untuk sentiasa meningkatkan kecekapan kompentensi bukan sahaja dari segi teknikal, tetapi juga bijaksana dalam membuat keputusan, tangkas bertindak balas terhadap cabaran, serta menjunjung tinggi nilai amanah dan akauntabiliti sesuai dengan tema majlis tahun ini iaitu “Kompetensi Unggul, Perkhidmatan Cemerlang”,

YBM. Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua penerima. Sesungguhnya, pengiktirafan ini bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi diharap menjadi pemangkin semangat dan pencetus inspirasi, bukan sahaja kepada para penerima, malah kepada seluruh warga perkhidmatan awam Negeri Kelantan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini3820
Semalam4157
Minggu ini12158
Bulan ini36335
Jumlah1184838
24
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Wednesday, 09 July 2025, 08:27:54.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan