![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pada 3 Julai 2025, Yang Berhormat Mulia Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Setiausaha Kerajaan Kelantan, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (JKPPN) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya.
Mesyuarat ini amat signifikan kerana ia menandakan pengaktifan semula JKPPN selepas kali terakhir bersidang pada September 2014. Platform ini menjadi medan penting untuk memperkukuh sinergi dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menyelaras pelaksanaan dasar, menangani isu bersama dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.
Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik inisiatif ini dan menyokong penuh hasrat Kerajaan MADANI yang menekankan nilai "keMampanan dan kesejAhteraan", agar tiada rakyat yang tercicir dan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara inklusif dan mampan.