analytic

PENGAUDITAN PEMATUHAN MS ISO 9001:2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2025

 

 

 

 

17 Jun 2025 bersamaan 20 Zulhijah 1446H, Bilik Gerakan MABNA-MBI: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan pengauditan pematuhan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti bagi tahun 2025. Pengauditan telah dijalankan oleh YBrs.Puan Adlina Suhaimi dan YBrs.Puan Maisarah Azmi selaku juruaudit dari AJA EQS Certification Sdn. Bhd.

Kesemua 18 ketua bahagian Pejabat SUK Kelantan dan wakil telah menghadiri sesi “Opening and Closing Meeting” pengauditan pematuhan yang dipengerusikan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Zain Bin Mat, Ketua Unit Audit Dalam mewakili YBhg. Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan).

Audit ini bertujuan untuk menilai kepatuhan dan keberkesanan berterusan sistem pengurusan kualiti bagi mencapai objektif dan keperluan MS ISO 9001:2015 sesuatu jabatan/ agensi dan memastikan sistem pengurusan kualiti mampu memenuhi keperluan berkanun, mengikut peraturan dan sekaligus memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada semua “stakeholders” jabatan.

Sebanyak 31 daripada 39 keseluruhan prosedur yang melibatkan 8 daripada 11 bahagian Pejabat SUK Kelantan telah diaudit semasa sesi ini.

Hasil daripada auditan, Pejabat SUK Kelantan telah berjaya diperakui bagi mengekalkan sijil MS ISO 9001:2015.

Sekian.

 

Bahagian Pengurusan Korporat

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2269
Semalam5141
Minggu ini12318
Bulan ini92404
Jumlah1124233
31
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Sunday, 22 June 2025, 03:30:00.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan