https://www.facebook.com/share/p/1APaVQmnQE/
22 Mei 2025(Khamis), Dewan Ballroom Grand Riverview Hotel : YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan Kali Ke-74 Tahun 2025.
YBM.Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan telah menyampaikan ucapan perasmian dan amanat kepada semua Pegawai Tadbir Negeri Kelantan untuk sentiasa mempertingkatkan prestasi dan kemahiran kerja dengan lebih cemerlang bagi memperkukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan.
Turut hadir ke majlis berkenaan adalah YB.Dato' Pegawai Kewangan Negeri merangkap Presiden PPTN, TSUK Pengurusan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, TSUK Pembangunan, Ketua-Ketua Jajahan serta 128 orang Ahli PTN Kelantan.
Majlis telah berakhir dengan majlis makan tengahari dan sesi ramah mesra semua ahli PPTN Kelantan.
Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.