analytic

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN ANUGERAH WARGA CONTOH BULANAN (USWAH U.M.I) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2024

 
 

18 Mei 2025/20 Zulkaedah 1446H (Ahad), Dewan Pelbagai Guna VIP Mabna, Kompleks Kota Darulnaim: Telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Penghargaan Anugerah Warga Contoh Bulanan (Uswah U.M.I) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2024. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Zain bin Mat, Ketua Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mewakili YBhg. Dato’ Hj. Ab.Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).

Seramai 12 orang penerima daripada 10 bahagian-bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah diraikan dalam majlis tersebut dengan menerima sijil penghargaan dan tunai. Tahniah kepada kesemua 12 orang penerima bulanan dan penerima Anugerah Perdana Warga Contoh Contoh Bulanan (Uswah U.M.I) bagi tahun 2024 yang terpilih iaitu YBrs. En. Ayob Bin Harun, Penolong Pegawai Tadbir dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, Pengarah Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Pengarah Bahagian Koridor Infrastruktur dan Sistem Maklumat Geospatial, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2611
Semalam3258
Minggu ini27416
Bulan ini101466
Jumlah1007639
14
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 22 May 2025, 08:30:00.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan