14 Mei 2025 bersamaan 16 Zulkaedah 1446H, Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim: Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dalam Penghasilan Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025- Sesi Semakan Dokumen Siri 4.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada semua peserta dalam penyediaan dokumen KIK yang berkualiti bagi semua Jabatan dan Agensi Negeri yang telah mengesahkan penyertaan ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (KIK Horizon Baharu) Tahun 2025 yang akan berlangsung pada Ogos 2025.
Kumpulan peserta bagi siri 4 ini disertai oleh 17 ahli KIK daripada 4 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pejabat SUK. Penceramah bagi bengkel ini adalah YBrs Puan Wan Suraya Binti Sahabaludin, dari Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor.