analytic

BENGKEL PEMANTAPAN DALAM PENGHASILAN DOKUMENTASI KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK HORIZON BAHARU) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025- SIRI 2

 
 

05 Mei 2025 bersamaan 07 Zulkaedah 1446H, Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim: Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dalam Penghasilan Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025- Sesi Semakan Dokumen Siri 2.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada semua peserta dalam penyediaan dokumen KIK yang berkualiti bagi semua Jabatan dan Agensi Negeri yang telah mengesahkan penyertaan ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (KIK Horizon Baharu) Tahun 2025 yang akan berlangsung pada Ogos 2025.

Kumpulan peserta bagi siri 2 ini disertai oleh 28 ahli KIK daripada 7 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Bahagian Kesihatan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu – BRI, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu – BRI, Jabatan Kerja Raya Jajahan Kota Bharu, Rumah Seri Kenangan Taman Kemunin Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Koordinasi & Program Khas, Pejabat SUK, Bahagian Pelaburan Kelantan, Pejabat SUK dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan & Kelantan Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd. Penceramah bagi bengkel ini adalah YBrs Puan Wan Suraya Binti Sahabaludin, dari Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor.

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2607
Semalam3785
Minggu ini24013
Bulan ini68607
Jumlah974780
26
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 08 May 2025, 03:30:00.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan