![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
04 Mei 2025 bersamaan 06 Zulkaedah 1446H, Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim: Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Dalam Penghasilan Dokumentasi Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025- Sesi Semakan Dokumen Siri I.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada semua peserta dalam penyediaan dokumen KIK yang berkualiti bagi semua Jabatan dan Agensi Negeri yang telah mengesahkan penyertaan ke Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (KIK Horizon Baharu) Tahun 2025 yang akan berlangsung pada Ogos 2025.
Kumpulan peserta bagi siri I ini disertai oleh 32 ahli KIK daripada 8 Jabatan/Agensi Negeri iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Jeli, Majlis Daerah Dabong, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Majlis Daerah Pasir Puteh, Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok dan Yayasan Islam Kelantan. Penceramah bagi bengkel ini adalah YBrs Puan Wan Suraya Binti Sahabaludin, dari Majlis Perbandaran Shah Alam, Selangor.