![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
24 APRIL 2025/25 SYAWAL 1446H (KHAMIS), KOMPLEKS KOTA DARULNAIM : Telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kompleks Kota Darulnaim dan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Tahun 1446H/2025M. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan YABhg. Datin, YB. Dato’ Timbalan Menteri Besar dan YBhg. Datin, YB. Dato’ Sri Amar Diraja Speaker Negeri dan YBhg. Datin, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan, Barisan Ex-Officio, EXCO-EXCO, ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, YBhg. Datin Pemangku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan, Ketua-ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi-pengerusi PUSPANITA jajahan/bahagian jabatan serta pegawai-pegawai kerajaan negeri dan ahli PUSPANITA Kelantan.
Pelbagai juadah raya telah disediakan dengan 51 gerai yang terdiri daripada 36 gerai dari Jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian dalam Kompleks Kota Darulnaim serta 15 gerai dari PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan.
Tahniah juga diucapkan kepada 5 Gerai yang telah dinobatkan sebagai gerai tercantik di majlis pada kali ini iaitu Bahagain Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.