analytic

KEBERANGKATAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD V DAN DYMM SULTANAH KELANTAN KE ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KE-3 DEWAN UNDANGAN NEGERI KELANTAN KELIMA BELAS TAHUN 2025

 
 
 
 
 

21 April 2025 bersamaan 22 Syawal 1446, Kompleks Kota Darulnaim: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal ke-3 Dewan Undangan Negeri Kelantan Kelima Belas Tahun 2025 bertempat di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Menyambut keberangkatan Duli-duli Tuanku adalah YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan dan YABhg Datin, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar dan YBhg Datin, YB Dato’ Sri Amar D’Raja Speaker Kerajaan Kelantan dan YBhg Datin, YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan serta pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

KDYMM Tuanku juga berkenan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan Utama, Angkatan Tentera Malaysia, Batalion Pertama Rejimen Artileri DiRaja,(Para) yang terdiri daripada seramai 104 Pegawai dan Anggota.

Majlis istiadat berkenaan turut dihadiri oleh barisan EXCO-EXCO, ADUN-ADUN, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta Pegawai-pegawai Negeri dan Persekutuan.

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2676
Semalam3785
Minggu ini24082
Bulan ini68676
Jumlah974849
15
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 08 May 2025, 03:30:00.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan