|
||
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
|
09 Mac 2025/08 Ramadhan 1446H: Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Kelantan oleh YB.Dato' Kaya Setia Dato' Nazran bin Muhammad kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean b. Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan yang baharu berkuatkuasa pada 10 Mac 2025 telah diadakan di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Sesi menandatangani dan penyerahan dokumen serah tugas ini telah disaksikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini adalah Barisan EXCO, Timbalan-timbalan EXCO, Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi Kerajaan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua-ketua Jabatan Negeri/Persekutuan serta Ketua-ketua Bahagian Pejabat SUK Kelantan.
YB Dato’ Kaya Setia Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad menamatkan khidmat bakti dalam perkhidmatan awam pada 09 Mac 2025 setelah 6 Tahun 11 bulan berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Kelantan dan hampir 35 tahun perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri.
Setinggi ucapan terima kasih diatas sumbangan jasa dan budi YB.Dato' Kaya Setia Dato' Nazran Bin Muhammad dan Selamat bertugas kepada YBM.Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr.Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal.