analytic

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN PEMULIHARAAN HUTAN TEROSOT ANTARA KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN YAYASAN PEMULIHARAAN MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOGCF)

 

23 September 2025 - YBM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mewakili YAB Menteri Besar Kelantan dalam Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) yang diadakan di Renai Hotel Kota Bharu.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Yusran Shah bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi merangkap Pengerusi MPOGCF.

Perjanjian ini menandakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, khususnya pemulihan hutan terosot di kawasan Central Forest Spine (CFS). Projek perintis di Kompartmen 42, Hutan Simpan Chabang Tongkat seluas 10.50 hektar ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dengan peruntukan lebih RM562,000.

Kerjasama strategik ini selaras dengan Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS Negara dan menjadi bukti bahawa pembangunan negeri sentiasa seiring dengan pemeliharaan alam sekitar.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel suk[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2552
Semalam3826
Minggu ini29674
Bulan ini116767
Jumlah1679414
23
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 21 October 2025, 11:00:43.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan