14 Oktober 2024 / 11 Rabiul Awal 1446H - YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat ICC ECER Negeri Kelantan Bil. 2/2024 di Pejabat ICC Putrajaya. Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara penting yang akan memacu pembangunan Kelantan ke arah yang lebih gemilang.
ECERDC telah membentangkan Perancangan Wilayah Pantai Timur bagi RMK13, dengan fokus kepada empat teras utama: Bakul Makanan, Mencipta Destinasi, Pembuatan (Hard-to-Abate sectors), dan Industri Marin, disokong oleh sektor Logistik serta Tenaga Boleh Diperbaharui.
Alhamdulillah, sehingga September 2024, pelaburan sebanyak RM153 juta telah direalisasikan di Kelantan, melebihi sasaran asal RM100 juta. Ini bakal mencipta 879 peluang pekerjaan dan 69 peluang keusahawanan dalam sektor pembuatan, pertanian, dan pelancongan.
YAB Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan turut diberi taklimat mengenai beberapa projek utama seperti Taman Perindustrian Tok Bali dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu, serta Zon Pelancongan Bersepadu Geting (GITZ) di Tumpat, yang berpotensi besar dalam menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan utama negara.
InsyaAllah Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited dan akan terus bekerjasama erat dengan semua pihak dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri berjalan lancar, demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri Kelantan.
#penghayatanmembangunbersamaislam #ECERDC #menteribesarkelantan
https://www.facebook.com/share/p/SDhfSKFooxLHm3CF/