analytic

Bengkel Semakan Arah Kiblat & Ceramah Astronomi,Sains & Al-Quran

Bengkel Semakan Arah Kiblat & Ceramah Astronomi, Sains & Al-Quran yang diadakan sempena Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) Negeri Kelantan 1444H/2023. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Johor, Kolej Universiti Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri. Bengkel ini telah dikendalikan  oleh YBhg. Dr. Mat Rofa bin Ismail,Mantan Ketua Laboratori Entomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia dan Ust. Wan Muhammad Ezani bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembanguanan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, sains dan Teknologi Negeri Kelantan. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai kaedah-kaedah untuk menentukan arah kiblat yang merupakan satu kemahiran yang perlu ada bagi setiap orang Islam. Bengkel ini juga digabungkan dengan satu sesi ceramah yang mengupas topik Astronomi, Sains dan Al-Quran. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.

 
 
 
 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini3511
Semalam3839
Minggu ini11064
Bulan ini104565
Jumlah905511
22
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 22 April 2025, 10:24:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan