analytic

Menjunjung Kasih Tuanku

 

 
 
 
Menjunjung Kasih Tuanku.

Menteri Besar ketika mempersembahkan ucapan ikrar dan taat setia mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Kelantan pada Istiadat Pengurniaan Kehormat Kebesaran Negeri Sempena Ulang Tahun Perayaan KDYMM Sultan Muhammad V Kali Ke-53 Tahun 2022.

Sekalian rakyat menjunjung kasih menzahirkan rasa syukur kerana dapat bernaung di bawah payung daulat Tuanku di negeri Serambi Mekah yang penuh barakah Kelantan Darul Naim.

Menteri Besar dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan juga menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Tuanku atas keprihatinan Tuanku terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri serta kesejahteraan rakyat jelata.

Keprihatinan Kebawah Duli Tuanku telah menterjemahkan kemakmuran negeri dan keharmonian rakyat pelbagai kaum. Sesungguhnya rakyat negeri Kelantan menyanjung tinggi Dan menyayangi Kebawah Duli Tuanku.
 
Mulia Darjat Terserlah Nyata,
Syukur Ilahi Perkenankan Doa;
Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada,
Makmur Negeri Aman Sentosa.

Allahu Akbar.

#MerakyatMembangunBersamaIslam 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2989
Semalam3108
Minggu ini6097
Bulan ini13904
Jumlah254529
16
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 05 March 2024, 11:00:39.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan