analytic

HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2022.

 

 
 

Tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 iaitu “Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat yang mana pemilihan lokasi sambutan di Taman Eko Rimba Bukit Bakar ini amatlah bertepatan dengan kesungguhan dan hasrat murni serta komitmen Kerajaan Negeri untuk mewujudkan lebih banyak tempat-tempat riadah yang mengetengahkan unsur eko-pelancongan.
 
Sempena Hari Hutan kali ini turut dirasmikan Pokok Chengal sebagai Pokok Rasmi bagi Negeri Kelantan dan juga pelancaran Pelan Induk Pembangunan Hutan Simpan Ulu Sat dan Buku Trans Ulu Sat: Recreation Opportunity Spectrum & Pengurusan Risiko.

Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan semula jadi terutama hutan yang merupakan anugerah Allah SWT kepada penduduk negeri ini. Sehingga kini, keluasan hutan simpan kekal Kelantan adalah lebih 629,000 hektar bersamaan dengan 42% dari keluasan tanah negeri. Maka, Kerajaan Negeri akan terus komited mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi untuk kesejahteraan hidup masyarakat sejagat.
 
eGaleri: https://egaleri.kelantan.gov.my/index.php?/category/2178

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini1807
Semalam2189
Minggu ini9774
Bulan ini64200
Jumlah481321
13
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 21 May 2024, 11:24:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan