analytic

Majlis Pelancaran Taman Konservasi Rafflesia

 

 
   
 

 

Lojing, 20 Rejab 1443 bersamaan 22 Feb 2022-YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar ketika mengiringi keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, dan Yang Berbahagia Che Puan Sofie Louise Johansson ke Majlis Pelancaran Taman Konservasi Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing.

Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang tinggi ke arah memastikan khazanah alam semulajadi anugerah Allah SWt kepada Negeri Kelantan ini diuruskan secara mapan bagi menjamin kepentingan negeri terus terpelihara.

Dari itu, Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang lebih tersusun. Langkah memelihara khazanah negeri akan terus disokong dengan melaksanakan pendekatan pengurusan yang berhemah yang boleh menghasilkan pelbagai faedah bagi memastikan masa hadapan yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Negeri Kelantan pada masa ini adalah mempunyai 51 peratus kawasan berhutan dan 41 peratus adalah Hutan Sistem Kekal yang kaya dengan pelbagai spesis kehidupan flora dan fauna. Hutan Simpanan Kekal ini akan terus diurus melalui amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan bagi memberi kesan dan faedah daripada segi sosial, ekonomi dan alam sekitar negeri sekaligus menjadi antara penyumbang terbesar kepada kestabilan dan kelestarian alam sekitar di negara ini.

Populasi bunga Rafflesia yang terdapat di Tanah Tinggi Lojing merupakan daripada spesis RAFFLESIA KERRI yang merupakan spesis terbesar daripada lapan spesis yang terdapat di Malaysia. Sehingga kini, dianggarkan melebihi 200 populasi Rafflesia Kerri telah dikenalpasti di Tanah Tinggi Lojing.

Tanah Tinggi Lojing terletak di dalam Jajahan Kecil Lojing mengandungi tiga blok perancangan kecil iaitu melibatkan Bandar Baru Sigar, Tanah Tinggi Lojing dan Hutan Simpan Sg. Betis dan Sg.Brooke.

Lojing telah dimartabatkan sebagai salah satu kawasan pertumbuhan baru di sepanjang Koridor Pelancongan Gua Musang - Lojing, pembangunan bandar akan tertumpu terutamanya di kawasan pertumbuhan Gua Musang dan kawasan pertumbuhan Lojing.

Manakala selebihnya di kawasan Lojing akan dilindungi sebagai kawasan hutan rizab dan kawasan tadahan air. Tanah Tinggi Lojing (dengan ketinggian lebih daripada 1,000m) ditentukan sebagai pusat peranginan pelancongan tanah tinggi.

Dalam masa yang sama, Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenalpasti Tanah Tinggi Lojing sebagai Projek Penggerak Ekonomi (EPP) sektor pertanian dan pelancongan.

Tambahan lagi, pembangunan wilayah baru juga akan mengurangkan jurang sosio-ekonomi antara wilayah berhampiran. Dalam waktu yang sama akan membuka peluang ekonomi dan perkerjaan baru kepada penduduk terutama melibatkan sektor pertanian dan pelancongan. Manafaat yang sama juga akan diperolehi oleh penduduk asal di Kawasan Lojing ini.

Turut hadir mengiringi keberangkatan Yang Teramat Mulia Tuanku ialah YB Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Menjunjung kasih atas keberangkatan Yang Teramat Mulia Tuanku berdua sekaligus menzahirkan keprihatinan kepada agenda kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kelantan DarulNaim.



https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490036232480218&id=100044215370525

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini3691
Semalam3363
Minggu ini11067
Bulan ini64201
Jumlah391424
12
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 23 April 2024, 04:38:08.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan