analytic

Previous Next

Sultan Kelantan Kurnia RM300 Ribu Solidariti Rakyat Palestin

Sultan Kelantan Kurnia RM300 Ribu Solidariti Rakyat Palestin

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan RM300 Ribu kepada rakyat Palestin.
Kurniaan tersebut bagi menzahirkan tanda solidariti baginda terhadap rakyat Palestin akibat kezaliman Zionis Israel. Kurniaan tersebut diserahkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).
Penyerahan kurniaan disampaikan oleh YM Dato' Hj Tengku Azmi bin Haji Tengku Jaafar, Penglola  Istana D'Raja Kelantan dan disaksikan oleh YB Dato' Panglima Perang Dato' Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud dan YB. Dato' Perwira Raja Dato' Nik Shafriman bin Nik Hassan, Setiausaha Sulit Kanan Kepada KDYMM Sultan Muhammad V
Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menjunjung kasih diatas ampuni perkenan Tuanku diatas kurniaan tersebut. Kurniaan tersebut menunjukkan keperihatinan, kebersamaan serta solidariti Tuanku diatas situasi getir bumi Al-Aqsa sekarang ini.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini278
Semalam4866
Minggu ini16602
Bulan ini69736
Jumlah396959
8
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan