analytic

Previous Next

Majlis Penyerahan Perkhidmatan Sistem Pembetungan Awam Kelantan daripada Majaari Services kepada Indah Water Konsortium (IWK)

KOTA BHARU, 19 Disember 2020/04 Jamadil Awal 1442-  YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir menyampaikan ucapan dan menyaksikan majlis penyerahan sistem perkhidmatan pembentungan awam daripada Majaari Services kepada syarikat Indah Water Konsortium (IWK).

Penyerahan perkhidmatan ini merupakan langkah pertama dalam pembangunan sistem pembetungan yang lebih efisien, untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan awam seterusnya menyokong inisiatif yang boleh menambah baik taraf kehidupan rakyat Kelantan.

Ucapan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Alam Sekitar dan Air YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di atas inisiatif dan sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk menjayakan pelbagai langkah dan projek bagi kelestarian alam di negeri Kelantan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YBhg Dato’ IR Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2572
Semalam2736
Minggu ini5308
Bulan ini37166
Jumlah364389
16
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan