analytic

Previous Next

Hari Kelantanku Bersih 2020

KOTA BHARU, 19 November 2020/03 Rabiul Awal 1442- Program Kelantanku Bersih yang dilancarkan sejak April 2019 kini diteruskan dan diperkasakan bagi memastikan pelaksanaan serta keberkesanan program secara menyeluruh kepada rakyat negeri Kelantan. 

YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan di dalam ucapan perasmian beliau amat mengharapkan Kelantan dikenali sebagai sebuah negeri yang bersih, ceria dan indah.

Komitmen tersebut dizahirkan melalui peruntukan sebanyak RM 17.5 Juta dalam Belanjawan 2021 bagi  program Kelantanku Bersih, Taman Rekreasi dan lain-lain untuk memastikan hasrat tersebut tercapai.

“Harapan saya bagi program KelantanKu Bersih sangat tinggi dalam memastikan Kelantan dikenali sebuah negeri yang bukan sahaja dari sudut pentadbiran yang bersih malah kehidupan rakyat yang cakna kepada kebersihan kerana kebersihan itu sangat dikasihi oleh Allah SWT dan Baginda Nabi SAW.”

Menurut YAB Menteri Besar, komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjadikan kelantan negeri bersih, indah, dan ceria memerlukan kerjasama semua pihak untuk berganding bahu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).  

Program dan aktiviti kesedaran awam mengenai kepentingan kebersihan dalam tuntutan agama, memperhebatkan penguatkuasaan, dan pendidikan kebersihan yang berterusan adalah antara 3 aspek penting yang perlu diteliti oleh setiap PBT.

Majlis turut disempurnakan dengan penyerahan 13 lori kompaktor dan 4 buah lori kepada setiap PBT yang melibatkan kos sebanyak RM 5.1 Juta.

Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat mewujudkan gelombang perubahan sihat dan bersih kepada masyarakat melalui proses perubahan minda, sikap dan tabiat kebersihan kearah menjadikan negeri Kelantan bersih dan ceria

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini3949
Semalam3363
Minggu ini11325
Bulan ini64459
Jumlah391682
14
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 23 April 2024, 04:38:08.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan