analytic

Previous Next

Majlis Sambutan hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2020

KOMPLEKS KOTA DARULNAIM – Pada 09 Rabiul Awal 1442H bersamaan 26 Oktober 2020 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2020 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Tema inovasi bagi tahun 2020 ialah “Pembudayaan Inovasi, Masyarakat Progresif”. 

Atucara majlis dimulai dengan ceramah inovasi bertajuk “Inovasi Imaginasi, Persepsi atau Legasi?” yang mana telah disampaikan oleh Encik Mazri bin Mamat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Terengganu. Setelah itu majlis diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah-anugerah antaranya ialah Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan, Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan, Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat, Anugerah Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam,  Penyampaian Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA DIY) Jabatan Negeri Kelantan dan Penyampaian Hadiah Bagi Program Pengiktirafan EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2019/2020.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YM Dato’ Haji Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mewakili YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan. 

https://drive.google.com/file/d/18DHmOpWolAKoBS_WclWXwTKLH48pFP7n/view?usp=sharing 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini1809
Semalam4866
Minggu ini18133
Bulan ini71267
Jumlah398490
27
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan