analytic

Previous Next

Majlis Pelancaran Kompleks Industri Perkayuan Sumber Diperbaharui (Madinatul Athasi) Kelantan

10 September 2020/22 Muharram 1442- Pelancaran kompleks ini adalah sejajar dengan Hasrat Kerajaan Negeri dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025, dibawah Tonggak Kemakmuran: Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan iaitu untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan mewujudkan Kawasan Industri Baharu yang berpotensi dan juga memberi fokus kepada industri hiliran berasaskan kayu.

Kerajaan Negeri yakin pelancaran ini akan menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor industri hiliran di Negeri Kelantan.

Kawasan projek seluas 349 Ekar ini yang diletakkan dibawah Pesuruhjaya Tanah Kelantan akan dibangunkan dengan melibatkan 3 fasa secara keseluruhan.Kerajaan Negeri dalam Rancangan Malaysia ke 12 telah memohon peruntukan sebanyak RM 20 Juta bagi penyediaan infrastruktur. 

Pembinaan Fasa 1 kelak akan dapat mewujudkan sekurang-kurangnya 500 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini dan ini akan mengurangkan migrasi rakyat negeri keluar Kelantan.

Kerajaan Negeri Kelantan mengalu-alukan pelabur – pelabur dan pemain industri yang kreatif dan berinovasi samada tempatan atau dari luar negeri, untuk menerokai potensi pelaburan Negeri Kelantan dalam bidang Industri perkayuan, Pembangunan Hartanah, Pertanian dan juga Pelancongan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini938
Semalam2854
Minggu ini15312
Bulan ini47170
Jumlah374393
4
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan