analytic

Previous Next

YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Nasional

06 September 2020/18 Muharram 1442 - YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Nasional 

peringkat Negeri Kelantan bersama YB Dato’ Halimah Sadique di Majlis Pelancaran Sesi Maklum Balas Berhubung Deraf Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2025 dan Majlis Menandatangani MoU antara Kementerian Perpaduan Negara dan Universiti Malaysia Kelantan pada hari ini.

Pelancaran sesi maklum balas ini telah selesai di jalankan di kesemua 10 daerah di Kelantan bermula dengan daerah Machang pada 22 Ogos dan yang terakhir di Daerah Gua Musang pada 30 Ogos yang lepas dan telah melibatkan kehadiran hampir 2,000 orang rakyat Kelantan daripada pelbagai masyarakat termasuk golongan akademik, profesional, badan-badan NGO, kepimpinan akar umbi dan semestinya komuniti secara amnya.

YAB Menteri Besar amat berbangga dengan komitmen rakyat Kelantan ini dan berharap agar input dan pandangan peringkat akar umbi daripada negeri Kelantan ini akan dapat membantu memperkukuhkan lagi intipati Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 yang bakal dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara ini.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini1406
Semalam4866
Minggu ini17730
Bulan ini70864
Jumlah398087
13
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan