analytic

Previous Next

Pelancaran Program Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan

28 Julai 2020 / 07 Zulhijjah 1441 : YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar merasmikan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Perkarangan Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan Tema “Malaysia Prihatin” merupakan acara tahunan sempena ketibaan bulan kemerdekaan 31 Ogos 2020. 

“Apa yang cukup membanggakan, kita dapat menyaksikan kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu memerangi pandemik COVID-19 yang terdiri daripada pasukan perubatan, pihak keselamatan, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan. 

Inilah semangat perpaduan semua yang kita impikan agar Malaysia terus kekal dalam suasana aman dan damai dalam masyarakat yang majmuk. Untuk itu, Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak.”

Selain menyampaikan ucapan perasmian, Menteri Besar turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Beruniform, Agensi Swasta, dan kepada wakil pelajar.

Semoga program ini meningkatkan lagi semangat patriotik khususnya di kalangan kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat amnya.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2427
Semalam2960
Minggu ini11087
Bulan ini42945
Jumlah370168
11
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Friday, 05 April 2024, 12:00:20.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan