analytic

Previous Next

Mesyuarat Khas Bersama YB Menteri Alam Sekitar dan Air

 

13 Zulkaedah 1441H/ 05 Julai 2020: Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika menerima kunjungan hormat dan mesyuarat khas bersama YB Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan delegasi pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di Kota DarulNaim.

Pihak Yang Berhormat Menteri telah menyatakan komitmen bagi melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur perkhidmatan bekalan air seperti loji rawatan Air, penggantian paip air bagi mengurangkan kehilangan air dan projek untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembentungan.

Sebanyak 8 projek dengan kos pembinaan sebanyak rm1.36 bilion telah dikenalpasti di bawah projek Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) untuk dilaksanakan di Kelantan dalam masa terdekat. Kementerian juga sedang merancang untuk memohon peruntukan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM7.293 bilion untuk Kelantan, termasuk RM594 juta projek pembetungan di bawah RMK-12, 2021-2026.

Kelantan juga buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah dan hos bersama Kementerian tersebut bagi sambutan Hari Alam Sekitar Negara HSN Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan oktober 2020. 

Menteri Besar merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri diatas pengumuman tersebut. Semoga hasil perbincangan yang telah dicapai pada hari ini dapat dijayakan secara bersama demi kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini947
Semalam4866
Minggu ini17271
Bulan ini70405
Jumlah397628
16
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan