analytic

Previous Next

Majlis Amanat Menteri Besar dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan 2020

KOTA BHARU, 02 JANUARI 2020/06 JAMADIL AWAL 1441 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan menyampaikan Amanat Tahun Baru bagi Tahun 2020 bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim.

Majlis tersebut merupakan satu platform untuk menilai pelaksanaan Dasar, Penilaian Prestasi serta Pencapaian dan kejayaan sepanjang tahun 2019 sebagai panduan dan persiapan bagi menghadapi cabaran tahun 2020 seterusnya berkongsi maklumat mengenai perkembangan negeri untuk disampaikan ke peringkat jabatan, jajahan dan seterusnya ke peringkat akar umbi.

Kelantan terus melangkah kehadapan dengan mengekalkan urus tadbir cemerlang dengan rekod lebihan akaun Belanjawan 2019 sebanyak RM 45 Juta dan ia merupakan buat tahun ketiga berturut-turut.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan tersebut Menteri Besar telah mengistiharkan bonus tambahan sebanyak RM 500 kepada kakitangan awam negeri dan RM 250 untuk kakitangan lantikan politik .

Menteri Besar dalam amanatnya turut menyatakan penghargaan kepada seluruh warga kerja perkhidmatan Awam Negeri Kelantan atas komitmen, keazaman dan kerja keras berpasukan yang ditunjukkan dalam melaksanakan segala tugas yang telah ditaklifkan sepanjang tahun 2019.

YAB Menteri Besar turut melancarkan Pelan Induk Pembangunan Mampan Negeri Kelantan 2019-2023 berdasarkan Strategi Lautan hijau yang meliputi Nilai Sosial, Nilai Ekonomi dan Nilai Alam Sekeliling sebagai persedian menghadapi cabaran globalisasi dan industri 4.0 seterusnya pemacu kepada kepada kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025.

Diakhir ucapan beliau, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan menyatakan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diatas Pemberian Khas (One Off) sebanyak RM 400 Juta kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini273
Semalam2263
Minggu ini10115
Bulan ini79081
Jumlah319706
3
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 19 March 2024, 03:20:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan