analytic

Previous Next

Sesi Peniaian Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2019

9 Safar 1441H bersamaan 8 Oktober 2019 ( Selasa )

Sesi Penilaian Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2019 telah diadakan pada  8 Oktober 2019/ 9 Safar 1441H (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah melantik Puan Marhainis binti Jamaludin, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, UiTM Machang, En. Nik Mohd Hafiz bin Abdul Razak, Politeknik Kota Bharu, Puan Husna binti Ibrahim, Kolej Teknologi Darulnaim, En. Mohd Nazri bin Mat Husin, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dan En. Mohd Fadzil Aznan bin Abdul Aziz, Majlis Daerah Dabong sebagai Panel Penilai bagi anugerah tersebut. Sebanyak 8 jabatan/agensi kerajaan Negeri Kelantan telah menyertai anugerah tersebut. Hasil penilaian, anugerah tersebut telah  dimenangi oleh JKR Negeri Kelantan, Bahagian Pengurusan Korporat (Proses Kelulusan Bahan Secara e-Sistem( TICKMATS)) sebagai  Johan, diikuti oleh Majlis Daerah Tanah Merah (Mesin Parkir Pintar (MePP)) sebagai Naib Johan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan (Sistem MyDiary Versi 2.0) di Tempat Ketiga. 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone:09 748 1957

Fax: 09 747 7105

portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini396
Semalam2391
Minggu ini7312
Bulan ini10964
Jumlah54649
5
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 
 

kelantan

 

PENSIJILAN

  pensijilan_4920     

  • Tarikh Kemaskini: Sunday, 02 October 2022, 08:00:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan