analytic

Previous Next

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Kelantan Yang Baharu Ke Pejabat Dato’ MB

9 Januari 2019 - Awal pagi ini YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat daripada pihak pengarah SPRM Kelantan dan rombongannya ke pejabat beliau. YABrs En Ramli Ismail adalah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober lalu, telah hadir bersama beberapa pegawai SPRM.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan memberikan sokongan penuh terhadap usaha beliau dan pasukannya dalam menangani isu-isu jenayah rasuah.

Sebagaimana YABrs En Ramli sendiri telah menyatakan secara jelas sewaktu perlantikannya bahawa beliau akan meneruskan kecemerlangan SPRM Kelantan dari segi pelaksanaan fungsi dengan memberi tumpuan kepada rasuah sempadan, agensi penguat kuasa, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Semoga kunjungan hormat ini menjadi permulaan baik bagi tahun 2019 dalam usaha menangani isu jenayah rasuah dan krisis-krisis lain yang memerlukan kerjasama dari semua pihak.

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini335
Semalam4866
Minggu ini16659
Bulan ini69793
Jumlah397016
9
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 25 April 2024, 02:30:53.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan