
Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan
IKLAN JAWATAN KOSONG
Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan mempunyai kepakaran serta kelayakan akademik dalam bidang Perkhidmatan Veterinar untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan seperti yang dinyatakan di bawah :
Cara Memohon
Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja Borang Permohonan Jawatan
Pemohon perlu menghantar salinan hardcopy dokumen sokongan seperti senarai di bawah kepada alamat Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Blok 2 Aras 1, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan atau email kepada bpsm@kelantan.gov.my
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan Kelulusan Akademik
(a) Sijil Pelajaran Malaysia
(b) Diploma
(c) Ijazah Sarjana Muda
(d) Ijazah Sarjana Lanjutan
(e) Lain-Lain Dokumen yang berkaitan - Gambar berukuran passport terkini
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2021 (Khamis), jam 11.59 malam
Syarat Permohonan
- Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam tugasan yang berkaitan dengan perkhidmatan veterinar .
- Bagi calon yang sedang berkhidmat dalam sektor awam boleh dipertimbangkan setelah memenuhi syarat dan peraturan yang berkuatkuasa semasa.
Syarat Tambahan
- Memahami mengenai proses dan prosedur Kerajaan.
- Boleh mengetuai dan memimpin jabatan serta mampu bekerja secara berkumpulan.
- Mempunyai kemahiran merancang dan mengurus.
- Mempunyai kemahiran interpersonal, pentadbiran organisasi dan pengurusan sumber yang efektif.
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Keutamaan diberikan kepada Anak Kelantan.
Hubungi Kami
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 KOTA BHARU
Seksyen Pembangunan Organisasi
(09) 748 1957 samb. 2142 atau 2119