UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI (UPEN)
Ketua Bahagian/Unit |
Haji Wan Mohd Shuhaimi Bin Wan Mustapha
Pengarah
|
|
Telefon | 09-7482560 (1102) | |
Faks | 09-7443411 | |
Emel | upen[at]kelantan.gov.my | |
Alamat | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Aras 1, Blok 1 Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN |
PENUBUHAN
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di
Peringkat Persekutuan. Penubuhan Unit ini adalah bagi memastikan kecekapan perancangan, pengurusan dan penyediaan pembangunan di peringkat Negeri.
Secara khususnya penubuhan ini adalah untuk mempertingkatkan aktiviti merancang, menilai dan menyelaras program-program pembangunan terutamanya
hal-hal berhubung sosio-ekonomi supaya negeri ini mempunyai rancangan teratur dan boleh dilaksanakan dengan sempurna sejajar pelan strategik ini akan
mewujudkan hala tuju penting sistem pengurusan UPEN ke arah yang lebih berkesan dan lestari menjelang 2020.

VISI
"Kearah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang unggul menjelang 2020."
"Kearah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang unggul menjelang 2020."
MISI
"Merancang dan menyelaras pembangunan ekonomi negeri Kelantan secara efisyen."
OBJEKTIF
Merangka dan menyelaras perancangan pembangunan sosia ekonomi negeri berasaskan aspirasi rakyat dan dasar Kerajan bagi mencapai peningkatan taraf sosial
ekonomi yang mampan.
ekonomi yang mampan.
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) ini berfungsi menyediakan dan menggubal dasar dan rancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal negeri. Selain itu, UPEN juga berfungsi sebagaimana berikut:
- Memantau perlaksanaan rancangan pembangunan sosio-ekonomi dan fizikan negeri .
- Menyediakan rancangan pembangunan 5 tahun Malaysia bagiNegeri Kelantan sertakajian "rolling plan".
- Mengurus penyediaan unjuran-unjuran mengenai aspek-aspek ekonomi, kependudukan, pertumbuhan, guna tenaga dan isu-isu pembangunan ekonomi keseluruhannya
- Merancang dan menyelaras pelaburan negeri dan memproses permohonan pelaburan sektor swasta dan agensi-agensi kerajaan.
- Merangka strategi-strategi, program-program bagi pertanian, perlancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrustuktur dan kemudahan awam.
- Pengecaman projek-projek, program-program selaras dengan strategi-strategi bagi pertanian, pelancongan, perkhidmatan, pembuatan, industri, usahawan-usahawan, infrastruktur dan kemudahan awam.
- Memantau dan menilai projek-projek yang akan dan telah dilaksanakan selaras dengan strategi-strategi pembangunan sektoral.
- Pengurusan Pentadbiran,Organisasi,Awam serta meningkatkan sistem pembudayaan kualiti.
- Pemantauan dan Penilaian bagi keberkesanan Dasar, Strategi, Program dan Projek Semasa.
- Penyelidikan dan Penyediaan Statistik Maklumat, Unjuran ekonomi, laporan-laporan berkala serta kajian -kajian sosio ekonomi, sains dan teknologi.
-
Menyediakan Kertas-Kertas MMK dalam masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa berkenaan.
- Memproses permohonan projek-projek pelaburan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan didaftarkan.
-
Menerbitkan laporan berkala (dwi tahunan) dan laporan tahunan Negeri Kelantan dalam masa yang ditetapkansebelum Jun tahun berikutnya.