BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT

 
  Ketua Bahagian/Unit 
Pn. Fatimah binti Mohd Noor 
Ketua Penolong Setiausaha
(Pengurusan Korporat)
Telefon 09-7481957
Faks       09-7443203
Emel korporat[at]kelantan.gov.my 
Alamat  Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan Korporat,Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Aras 2, MABNA MBI Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu, Kelantan                   
              

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Korporat bertanggungjawab untuk meningkatkan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, memantau pengurusan aduan pelanggan dan pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) semua jabatan/agensi kerajaan negeri, mengurus khidmat pelanggan, hari Bertemu Pelanggan dan kajian kepuasan pelanggan kepada semua jabatan/agensi di Kompleks Kota Darulnaim,mengurus pemilihan warga contoh dan pencapaian piagam pelanggan bulanan semua bahagian Pejabat SUK serta menyelaras urusan sambutan pelawat luar dan dalam negeri ke Kompleks Kota Darulnaim.

Bermula bulan Oktober tahun 2015, bahagian ini juga berperanan membudayakan inovasi bagi Pejabat SUK termasuk semua jabatan dan agensi Negeri Kelantan dan pelaksanaan ISO pejabat SUK Kelantan. Manakala bermula tahun2016 bahagian ini bertanggungjawab mengadakan promosi pelaksanaan EKSA Pejabat SUK dan Urusetia induk pelaksanaan EKSA DIY Negeri Kelantan.

Bahagian ini juga merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, seminar dan bengkel berkaitan pengurusan pelanggan, pengurusan kaunter dan fotografi. Tanggungjawab bahagian ini juga meliputi penerbitan Buletin SUK, Buku Laporan Tahunan Pejabat SUK dan Buku Harian Rasmi Tahunan Kerajaan Negeri serta pembekalan berita kepada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan, menyediakan khidmat sistem siaraya dan jurugambar disamping mengawal selia penggunaan dan penjagaan dewan-dewan utama Kompleks Kota Darulnaim dibawah pengurusan Bahagian Pengurusan Korporat dan juga bertanggungjawab dalam pengurusan Perpustakaan Pejabat SUK Kelantan.

VISI

Memberi perkhidmatan yang memuaskan hati setiap pelanggan.

 

MISI

Komited dalam memastikan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan, peningkatan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta pemantapan pengurusan aduan dan inovasi negeri.

 

Memastikan peningkatan imej Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pelaksanaan perkhidmatan pelanggan yang berkesan dan pemantauan pengurusan aduan jabatan/agensi negeri yang cemerlang.

Image
Image
Image

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini409
Semalam2494
Minggu ini2903
Bulan ini39100
Jumlah772737
7
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 19 October 2020, 09:42:37.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan