BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN
![]() |
Ketua Bahagian/Unit |
YBrs. En. Hj Ahmad Adlee Bin Yasin
Ketua Penolong Setiausaha |
|
Telefon | 09-7441800 (8501) | ||
Faks | 09-7470486 | ||
Emel | mmk[at]kelantan.gov.my / ahmadadlee[at]kelantan.gov.my |
||
Alamat | Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan ,Aras 3, MABNA MBI Blok 8, Kompleks Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan |
MISI
VISI
PERANAN(FUNGSI TERAS)
-
Penyediaan kertas kerja exco
-
Penyediaan Minit Mesyuarat dan Agenda Mesyuarat Exco
-
Penyediaan Maklumbalas terhadap keputusan excO
-
Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri Kelantan
-
Bertindak sebagai urusetia kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara
-
Mengurus Hal Ehwal Dewan Undangan Negeri
-
Mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan
-
Menguruskan tuntutan perjalanan Ahli Dewan Undangan Negeri

Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan keputusan-keputusan kerajaan dan penggubalan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri. Jesteru itu, fungsi dan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar-dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan. Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu komponen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN / DEWAN NEGERI KELANTAN
Insyaallah Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan / Dewan Negeri Kelantan berjanji akan menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan berlandaskan konsep Ubudiyah, Itqan dan Mas'uliyyah dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti dengan menjalankan kerja-kerja seperti berikut :
-
Memproses Kertas Kerja EXCO yang diterima dan diedarkan kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja sebelum Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan
-
Menyiapkan deraf minit selepas Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja selepas disahkan.
-
Menghantar keputusan Persidangan / fail-fail (tindakan serta-merta) kepada pihak yang berkenaan dalam masa satu (1) hari selepas persidangan.
-
Menghantar keputusan Persidangan / fail-fail (biasa) kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari selepas disahkan.
-
Memproses permohonan kelulusan di bawah peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
-
Memproses Borang Tuntutan Perjalanan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam masa empat (4) hari bekerja.