BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

 

 

Ketua Bahagian/Unit 
Nik Khairul Anuar bin Nik Yusoff
Ketua Penolong Setiausaha 
Telefon 09-7484367(8301)
Faks      09-7443164/09-7436000
Emel  bhgkp@kelantan.gov.my /   nikkhairul[at]kelantan.gov.my
Alamat  Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,  Bahagian Khidmat Pengurusan , Kota Darulnaim, 15503 KOTA BHARU, KELANTAN
LATAR BELAKANG

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) adalah salah satu bahagian di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan. Bahagian ini terbahagi kepada 4 seksyen utama iaitu :
  • Seksyen Protokol
  • Seksyen Kewangan
  • Seksyen Pentadbiran Am
  • Seksyen Pengurusan Bangunan dan Aset
Bahagian Khidmat Pengurusan ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (Gred N52), dibantu oleh Penolong Setiausaha Kewangan ( Gred N48),Penolong Setiausaha Protokol (Gred N48), Penolong Setiausaha Protokol II ( Gred 41), Penolong Setiausaha Pentadbiran  (Gred N44), Penolong  Setiausaha (Pengurusan Bangunan & Aset) ( Gred-N41), Penolong Akauntan (Gred W27) dan disokong oleh 120 kakitangan lain.
 
VISI

"Pentadbiran yang cekap, bersih dan amanah berlandaskan Islam sebagai Ad-Din."

MISI 

"Menjadikan Pentadbiran Negeri Kelantan sebagai satu perkhidmatan yang unggul    berteraskan profesionalisma, integriti dan teknologi terkini"

FUNGSI BAHAGIAN :

Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran am dan pengurusan kewangan bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan. Selain itu bahagian ini juga mempunyai fungsi-fungsi utama lain seperti:

 

  • Bertanggungjawab mengurus hal ehwal protokol kepada tetamu Kerajaan Negeri serta menyelia dan memantau kelancaran perjalanan Majlis-majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  • Mengatur Majlis Rasmi Negeri dan Persekutuan seperti majlis penghadapan Pegawai-pegawai negeri/ persekutuan dengan pihak istana.
  • Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan bangunan, kenderaan dan semua harta kerajaan
  • Mengurus proses-proses pelupusan aset-aset Kerajaan
  • Mengurus dan memantau urusan kewangan Pejabat Setiausaha Kerajaan dalam semua urusan seperti penyediaan dokumen Pesanan Tempatan dan Inden Kerja, bayaran gaji dan elaun, penyediaan baucer bayaran, pengemaskinian buku-buku vot dan lain-lain supaya perlaksanaannya berlaku dalam tempoh yang ditetapkan.

 

PIAGAM PELANGGAN :

  • Permohonan bagi penggunaan kenderaan kerajaan dalam masa 1 hari bekerja
  • Permohonan pegawai untuk mendapatkan tempahan bilik di Rumah Sri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur dalam masa 1 jam.
  • Penyediaan bayaran gaji dan elaun disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja daripada tarikh terima tuntutan yang lengkap.
  • Penyediaan baucer bayaran tuntutan oleh pembekal disempurnakan dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh terima tuntutan yang lengkap.
  • Pengeluaran resit-resit bayaran disempurnakan dalam masa setengah jam selepas menerima bayaran.
  • Pengeluaran pesanan tempatan dan inden kerja disempurnakan dalam masa 3 hari daripada tarikh menerima permohonan yang lengkap.
  • Pengeluaran surat keputusan mesyuarat jawatankuasa tender negeri kepada agensi pelaksana disempurnakan tidak lebih daripada 3 hari selepas tarikh mesyuarat

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini999
Semalam2292
Minggu ini3291
Bulan ini56334
Jumlah730074
14
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 28 September 2020, 11:32:30.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan