SKIM CAKNA SURI

 

Pendaftaran Suri Cakna Siri 1 2020 merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam.Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020. Sumbangan ini terhad untuk 150 orang suri di setiap DUN.

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri  termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.

Antara syarat kelayakan menerima Skim Cakna Suri adalah :

 

Syarat-syarat Kelayakan:

1. Suri rumah sepenuh masa

2. Berumur 54 tahun dan ke bawah

3. Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan

4. Menetap di negeri Kelantan

5. Pendapatan Isi Rumah RM1500

 

Borang Suri Cakna Siri 1 2020 boleh diisi di pautan berikut :

https://docs.google.com/forms/d/12OCIxHqW6SiDBPWHVDZPTvIU71Pjlq71aiZGL4bsy9o/edit 

 

Tarikh untuk isi borang Suri Cakna Siri 1 2020 bermula 3 November 2020 (Selasa) dan tamat pada 24 Disember 2020 (Khamis). 

Maklumat lanjut, hubungi Unit Pembangunan Keluarga 013-983 6915

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN

  • 09-748 1957 
  • 09-747 7105
  • portal[at]kelantan.gov.my
Hari ini481
Semalam2338
Minggu ini481
Bulan ini69579
Jumlah867118
6
Online

PENAFIAN

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

 

PENSIJILAN

       

  • Tarikh Kemaskini: Thursday, 26 November 2020, 03:26:19.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan