07 Januari 2020/23 Jamadil Awal 1441- YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menyempurnakan Majlis Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam bagi sesi 2021 di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
Ahli - ahli Majlis mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam. Semoga dapat memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan dasar dan program untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Turut hadir YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dr. Pengerusi JKuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan dan Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.
07 Januari 2021 / 23 Jaadil Awal 1442 – Program Solat Dhuha dan Kuliah Dhuha bersama penjawat awam telah diadakan di Pejabat SUK Kelantan pada pagi ini. Kuliah disampaikan sendiri oleh YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan.
Program ini adalah hasrat Kerajaan Negeri ke arah pengukuhan kepada penghayatan konsep Ubbudiyyah, Masullliyah dan Itqan (UMI).
Ustaz Dato’ Menteri Besar menekankan sifat Al-Qawiy (Kuat, pakar, Kompentensi dan professional dalam tugasan) & Al- Amin (Amanah dan berintegriti) dalam melaksanakan tuntutan kerja seharian.
Kelantan hari ini menghantar bantuan kepada Pahang, Terengganu, dan Johor yang dilanda banjir.
EXCO Kebajikan, Pembangunan, Keluarga dan Wanita, Mumtaz Md Nawi, berkata bantuan awal berbentuk toto dan selimut berjumlah RM20,000 akan digerakkan segera hari ini ke Pahang.
“Makanan disana masih mencukupi, kita akan hantar selimut dan toto dulu sebagaimana permintaan mereka, kita akan beri bantuan secara berperingkat, untuk hari ini jumlah bantuan RM20,000 dahulu", kata beliau
Mumtaz memaklumkan fokus akan diberi kepada Pahang memandangkan negeri itu terjejas teruk, disamping memantau perkembangan di negeri lain.
19 J/Awwal 1442H/ 03 Januari 2021 :YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika turun dalam lawatan kerja meninjau perkembangan projek-projek utama dibawah RMK 12 yang dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kampung Laut, Tumpat.
Antara projek yang dilawati adalah Projek Jambatan Palekbang-Kota Bharu bernilai RM 250 Juta yang dijangka siap pada November 2023. Manakala projek Pembangunan Semula Kampung Laut sebagai Kampung Warisan di Tumpat yang sedang dalam peringkat pembinaan bakal menjadi kawasan tarikan pelancongan dan memberi peluang kepada industri perusahaan kecil dan sederhana tempatan.
Kedua-dua projek tersebut bakal memberi impak positif kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Kelantan.
21 Jamadil Awal 1442/ 05 Januari 2021: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menyampaikan amanat tahun baharu 2021 dalam perhimpunan penjawat awam negeri Kelantan pada pagi ini.
Menteri Besar menzahirkan penghargaan diatas usaha, kerja gigih dan komitmen penjawat awam Kelantan dalam mendokongi dan melaksanakan dasar dan program Kerajaan Negeri dengan penuh cemerlang.
Kecemerlangan tersebut direkodkan berikutan pencapaian prestasi kewangan cemerlang Kerajaan dengan lebihan akaun semasa bagi tahun 2020 sebanyak RM44.54 Juta dan ini merupakan kali ke empat berturut- turut. Ia menunjukkan prestasi kewangan sentiasa berada dilandasan yang betul dengan urus tadbir hasil negeri yang cemerlang.
Amanat dengan tema “Kebersamaan Demi Rakyat” mengfokuskan empat gerak kerja utama iaitu pelaksanaan Pelan Strategik Gejala Sosial Negeri, Pengembangan Ekonomi dan Pembangunan Infrastruktur, Pengukuhan Hasil Negeri dan Pemerkasaan Sistem Penyampaian Kerajaan.
Turut diumumkan inisiatif baharu kepada rakyat dengan peruntukan sebanyak RM 500 ribu (maksimum RM 500 setiap penerima) bagi menyokong usahawan atas talian yang majoriti penglibatan dikalangan anak muda. Kerajaan Negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran lesen kepada peniaga kecil seperti pasar malam di negeri ini.
Dalam majlis yang sama, Menteri Besar turut menyatakan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang komited dengan tugasan mendepani wabak Covid -19. Rakyat Kelantan juga diminta untuk sentiasa patuh kepada setiap garis panduan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Majlis dimulakan dengan ucapan YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri yang turut dihadiri YB Dato’ Speaker, YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli yang berhormat dan pegawai kanan Kerajaan dengan pematuhan norma baharu.
Buletin, 6 Januari 2021, 22 Jamadil Awal 1442H, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Mabna, Aras 1, Mabna Kompleks Kota Darulnaim, satu mesyuarat berkenaan pelaksanaan banci secara bersemuka yang akan dilaksanakan kelak bagi Negeri Kelantan. Mesyuarat ini dipengurusikan oleh YM Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) YM. Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), serta YABrs. Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan En Zuraidy bin Hj Zainal Abidin, serta barisan pegawai dan kakitangan Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.
PASIR PEKAN, 17 Disember 2020/02 Jamadil Awal 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir menyerahkan bantuan bagi menyokong pertumbuhan para peniaga dan pengusaha dalam bidang industri kecil dan sederhana dalam DUN Pasir Pekan.
Dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri ini diharap dapat memajukan lagi perniagaan usahawan tempatan di Kelantan. InsyAllah.
Page 1 of 2
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), Kompleks Kota Darulnaim,15503 Kota Bharu KELANTAN