analytic

BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

 
 
    Ketua Bahagian/Unit :- Mohd Helmi Bin Mat Zin
Pengarah
Telefon :- 09-7481987 (1204/1203)
Faks    :-     -
Emel    :- bahuu[at]kelantan.gov.my
  
Alamat  :- Bahagian Undang-Undang,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Kelantan,Aras 2,Blok 1, Kompleks Kota  Darulnaim,
15503 KOTA BHARU, KELANTAN     
                            

PENGENALAN

Bahagian Undang-Undang pada awalnya ditubuhkan sebagai Unit Perundangan di bawah Bahagian Koordinasi dan Program Khas pasa 1 Julai 2018.  Pada Julai 2021,  Unit Perundangan telah diasingkan daripada Bahagian Koordinasi dan Program Khas dan dijadikan bahagian baru di bawah selian YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.  Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula dengan mewujudkan 4 unit iaitu Unit Perundangan, Unit Konsultasi, Unit Litigasi dan Unit Pentadbiran.


OBJEKTIF

Menyelaras dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK) berkenaan pandangan dan penyelidikan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang negeri, penyediaan dan semakan perjanjian yang melibatkan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi dibawahnya termasuk badan-badan berkanun negeri dan pengendalian kes-kes sivil di mahkamah.

 

VISI

Pengurusan Perundangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang professional, cekap dan berkualiti.

 

MISI

Mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi melindungi kepentingan Kerajaan Negeri melalui perkhidmatan perundangan yang professional, cekap dan berkualiti.

Image
  • Mengkaji dan menyemak Undang-Undang di Negeri Kelantan.
  • Mengkaji dan menyemak Perjanjian-Perjanjian dan Memorandum Persefahaman yang melibatkan Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan sebagai pihak untuk memelihara kepentingan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan.
  • Membuat dan Menggubal Undang-Undang baharu di bawah bidang kuasa Negeri mengikut Jadual Kesembilan dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan. 
  • Menyediakan Pandangan UndangUndang dan maklumbalas kepada Setiasuaha Kerajaan Kelantan dan Agensi Kerajaan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Undang-Undang sedia ada.
  • Menyelaras Pandangan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri berkaitan dengan kes-kes litigasi yang melibatkan Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan (PPUUNK).
  • Bertanggungjawab mengendalikan kes-kes litigasi yang melibatkan pelaksanaan perintah mahkamah.
Image

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini2477
Semalam4013
Minggu ini6490
Bulan ini59624
Jumlah386847
11
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 23 April 2024, 04:38:08.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan