analytic

Bengkel Perkhidmatan End-To-End (E2E) Bersama Pegawai Penyelaras Negeri

 

PUTRAJAYA : Kerajaan Negeri Kelantan telah menghantar penyertaan ke Bengkel Perkhidmatan End-To-End (E2E) Bersama Pegawai Penyelaras Negeri yang dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Digital, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menghantar tiga (3) orang pegawai Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat iaitu Haji Mohd Zawawi bin Haji Ab Rahman, Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan I), Puan Nor Haslina binti Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (Pembangunan II)  dan Cik Nik Nur Afiqah binti Nik Adnan, Penolong Pegawai Tadbir serta Puan Nur Syamimi binti Ab Ghani, Pegawai Penilai di Bahagian Kerajaan Tempatan. Manakala Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah menghantar YM Tengku Ahmad Arif bin Tengku Zaidan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ke bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman serta mendapatkan laporan pencapaian E2E yang lebih komprehensif dan membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh pihak negeri dan agensi di bawahnya bagi meningkatkan lagi peratusan perkhidmatan E2E.

 
 
 
 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  

 

Hari ini317
Semalam2393
Minggu ini8106
Bulan ini10773
Jumlah403728
5
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Tuesday, 26 September 2023, 10:30:04.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan