Perusahaan Batik PDF Cetak E-mail

Batik memangterkenal sebagai satu produk kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abab ke-15 masihi. Pada tahun 1920, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Negeri Kelantan yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini.

Hasil-hasil batik Negeri Kelantan yang tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya melambangkan satu kemahiran kerja tangan yang unit dan kreatif. Batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap mempuyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa digunakan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan Batik Conteng. Sungguhpun demikian, industri batik juga mengalami perubahan di dalam teknologi pembuatanya.

Pada masa ini peralatan -peralatan moden seperti mesin-mesen yang dikendalikan oleh komputer telah diperkenalkan. Perkembangan teknologi di dalam pembuatan batik ini memantapkan lagi industri ini, terutamanya bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakain meningkat.

Pada masa sekarang batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, khususnya orang-orang melayu tetapi juga amat popular dan digemari oleh pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini.

Rekacorak batik yang dihasilkan oleh rakyat negara ini telahpun  diterima oleh pereka-pereka fesyen terkenal dunia seperti Pierre Cardin, Yves St. Laurent dan Bonia. Produk-produk batik daripada pereka-pereka fesyen terkenal dunia ini boleh dilihat melalui skaf-skaf, tali leher dan sapu tangan selain baju kemeja.

Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :


Powered by QuoteThis © 2008