Pengkalan Kubur PDF Print E-mail

Lokasi : Tumpat

 

Pengkalan Kubur ialah sebuah bandar sempadan Malaysia di sempadan Malaysia-Thailand di utara negeri Kelantan. Bersempadan dengan Tak Bai. 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubur' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat , pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur-kubur orang Melayu satu ketika dahulu.

 

DirectionsMap

* Panduan perjalanan berdasarkan maklumat yang didapati melalui perisian Google Map, Tertakluk pada sebarang perubahan, Harap Maklum

 

 

Pengkalan Kubur mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar, meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubur ke Rantau Panjang kira-kira sejam sahaja. Pengkalan Kubur mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubur ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubur. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan senjata api,gula, beras, minyak masak, barang baram dan lain-lain. Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218

 


Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :


Powered by QuoteThis © 2008