MENU UTAMA
PEJABAT TANAH & JAJAHAN
JARINGAN PTG KN
AKHBAR DIGITAL
Tarikh : 08.01.09
"BERKHIDMAT DENGAN DEDIKASI, CEPAT DAN TEPAT"
:: Laman Web Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan ::




Waktu Urusan Kaunter:
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahad - Rabu | 8.15pg - 12.30tgh / 2.15ptg - 4.15ptg
Khamis | 8.15pg - 12.30tgh / 2.15ptg - 4.00ptg
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • Kaunter 1 : Kemasukan Cukai Tanah

  • Kaunter 2 : Semakan Cukai Tanah

  • Kaunter 3 : Bayaran

  • Kaunter 4 : Pendaftaran ( Cabutan | Gadaian | Pindah Milik | Carian Rasmi | Carian Persendirian | Lain-lain Urusan Hakmilik )
  • BERITA SEMASA:



    Lawatan Kerja Bagi Pelaksanaan Sistem 5S daripada Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis (23 Disember 2008)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat PTG pada 23hb Disember 2008. Lawatan seramai 40 orang ini terdiri daripada 3 pegawai dan 37 orang kakitangan berkaitan pelaksanaan 5S. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas lawatan ini dan semoga hubungan ini akan terus terjalin pada masa akan datang...


    Audit Pensijilan 5S Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan (18 Disember 2008)

    Audit Pensijilan 5S telah pun dijalankan oleh pihak MPC pada 18 Disember 2008 dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah pun berjaya. Segala kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pegawai dan kakitangan telah membuahkan kejayaan. Semoga semangat bekerjasama terus diamalkan dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas masing-masing....


    Lawatan Perundingan Progaram Amalan 5S Fasa 2 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan (3 Disember 2008)

    Laporan Perundingan Program Amalan 5S Fasa 2 oleh pihak MPC menunjukkan positif namun begitu masih terdapat banyak teguran-teguran yang perlu diperbaiki sebelum tiba tarikh Pensijilan. Pihak Audit banyak memberi teguran kepada Sistem Pemasangan Kabel, Susunan Fail, Kebersihan Setiap Zon dan Kefahaman setiap kakitangan mengenai 5S. Justeru itu, semua pihak perlu berusaha lebih gigih demi mencapai taraf yang dikehendaki oluh pihak MPC...


    Hari Kualiti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2008 (11 November 2008)

    Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2008 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Ab Aziz b Nik Mat pada 11 November 2008 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim. Ia diadakan untuk membuktikan kesungguhan serta komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan budaya kualiti dalam perkhidmatan awam negeri. Dalam pada itu, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah memenangi 2 anugerah iaitu;

  • Johan Anugerah Kualiti Penguatkuasaan (Penguatkuasaan Terbaik)

  • Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (Terbaik Kewangan)
  •  

     

    KELANTAN 2008

    Email PTG Kelantan
    pejptg@kelantan.gov.my












    Anda adalah pelawat ke
     

    Penafian: Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

    Laman web ini diselenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Data, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan.

    © 2005-2009 Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

    | ie 7.0 1024 px X 768 px |